Assalamualaikum,
Ok, now where I want to start. Well nothing much happened to my life lately cuma sekarang musim perkhawinan. Kiri kanan bercakap pasal khawin and what do you expect for a 23 years old lady to feel like. Of course, I want to get married too ! Haha
But I know the time will come and fall in the right time with the right person. Insha'Allah, for now I'm preparing to improved myself. Planning for a better future dari banyak segi. I'm applying a new job and at the same time for my master degree. Insha'Allah semoga Allah permudahkan dan ditunjukkan mana yang terbaik. Ameen Ya Rabb.
Hmm
******
Kadang-kadang manusia ni cepat berubah hati apabila melihat sesuatu yang sempurna di matanya. Tapi kadang-kadang manusia jugak lupa nak berfikir yang diri sendiri cukup layakkah, setarafkah. Apa diri ini juga sempurna seperti sesempurnanya dia. Teringat kata-kata Prof. Muhaya. Kita akan menarik sesorang berdasarkan magnet apa yang ada pada diri kita. Contoh, kalau kita nak orang yang baik, kita kenalah berubah menjadi baik dan begitulah sebaliknya.
Tapi takut juga andai diri ini terlalu cepat menilai orang. Siapa tahu, orang yang kita tengok berpakaian biasa-biasa saja mungkin imannya lebih kuat dari kita. Kita tak tahu hati orang. Dalam erti kata "tak tahu" itu bermaksud kita ni tak tahu apa-apa pun maka jangan terlalu cepat 'judge' orang. Sebab itu, orang tua-tua kata tak kenal maka tak cinta.
Seperti ku, dahulu mungkin kesilapan aku sendiri apabila terlalu menyerahkan hati ini untuk seseorang. Tapi manusia mana yang tidak membuat kesilapan. Bahkan aku ingin sekali berterima kasih dengannya, sekurang-kurangnya ini pengajaran untuk aku lebih matang dalam berfikir dan sebahagian dari pengalaman hidup. Maka, kini aku lebih berhati-hati dalam berkawan dan menuturkan kata-kata. Maaf seandainya aku tidak banyak berkongsi tentang diri sendiri kerana ada yang bertanya kenapa masih sendiri sehingga kini. Apa dirimu begitu memilih sekali.
Aku sendiri tidak ada jawapan kepada itu. Aku tidak memilih tapi aku cuma berharap agar satu hari nanti aku dapat menikahi sesorang yang aku cintai walaupun sehingga saat ini aku masih belum tahu siapa lagi. Bagi aku
" To be loved by someone you love is blessing,
But to marry someone you love is a greater blessing. "
Thus, please Allah SWT in everything we do. Insha'Allah it will worth the wait.
Aku sendiri sedang melatih diri untuk lebih banyak bersabar. Aku tidak menegaskan yang diri ini takut untuk bercinta. Bagi aku, perasaan cinta, suka dan sayang itu fitrah manusia. Rasa hati ini susah untuk kawal. Mungkin mulut boleh berbicara tapi hati tak boleh untuk menipu perasaan sendiri. Cuma terpulang pada diri sendiri bagaimana harus menguruskannya tetapi yang pasti sentiasa utamakan cinta Allah.
Mungkin ada yang bertanya. Apa ada seseorang yang singgah di hati tatkala ini ?
Terus terang aku katakan. Mungkin ya mungkin juga tidak kerana aku sendiri takut kalau-kalau diri ini salah mentafsir hati sendiri. Kerana hati manusia ini sifatnya berbolak-balik. Takut kalau mata hanya nampak dia sahaja dan tidak nampak kebaikan orang lain.
Maka --
Apa yang aku ada hanya.
Doa sebagai kata-kata.
Zikir sebagai vitamin hati dikala lara.
Istikharah sebagai pengubat jiwa.
Aku tinggalkan sedikit petikan dari kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib.
" Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti menjadi musuhmu dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja siapa tahu nanti menjadi kekasihmu " - Saidina Ali bin Abi Talib