Saturday, November 26, 2011

Selamat tahun baru umat islam semuanya.

 Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1433 H.

Sempena tahun baru yang akan menjelma lepas maghrib ni. Marilah kita memperbanyakkan ibadat agar dimurahkan rezeki dan hidup kita sentiasa dalam keredhaan-Nya. Jomlah lah kita baca surah Yasin malam ni tiga kali bersama doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tak kesah la kalau baca kat masjid ke kat rumah ke, janji kita sambut tahun baru ni dengan penuh keinsafan. Muhasabah balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun lepas. Ya, mungkin belum masuk tahun 2012, tapi kita sebagai umat islam kenalah sambut Maal Hijrah.

Teringat masa sekolah dulu, buat perarakan pakai baju kurung then perform nasyid. comel betul. haha.
So, pas maghrib ni marilah kita pasang niat yang baik untuk tahun yang baru. Macam solat awal waktu, dan yang paling penting tak mau tinggal solat langsung. Ingat tu tanggungjawab kita. bak kata cikgu syuhada kepada am dalam syurga cinta. Solat tu tiang agama, macam kita buat rumah, kita kena buat tiang dulu, kalau tiang tak kukuh maka robohlah rumah tu.

Ni semua untuk peringatan diri sendiri jugak, aku pun bukan baik sangat, tak perfect, semua orang pun  macam tu. Macam hari ni, ingat nak pi baca yasin kat masjid, tengok2 tak jadi pegi, tapi aku memang nak sangat pergi. wuwu. Takpelah, mungkin bukan rezeki. Kadang-kadang kita sayang sangat kat sesuatu benda tu, tapi bila dia hilang, kita menangis, tapi kita kena sedar mungkin bukan rezeki kita nak ada benda tu.

Jadi, hari hari seterusnya adalah hari baru untuk kita memulakan sesuatu yang baru. Tidak bermakna pada tahun ja baru kita boleh buat azam baru atau nak mula life baru, tak tak, tapi esok dan bila-bila masa pun boleh untuk kita memulakan hari baru dengan azam yang baru.

=)

Saturday, November 19, 2011

macam mana nak hilangkan sunburn? meh sini.

Assalamualaikum,
Hye hye, sekarang aku tengah tengok Parlimen MPP live. Maknanya macam sidang dewan rakyat la. Student pun ada jugak tau parlimen bagai ni, biasa la pengaruh politik tapi bukan ikut AUKU k. Hm, betul ke, ntah la aku tak minat sangat tapi at least bila ada parlimen mahasiswa ni, kebajikan student terjaga.


Ok, aku tau angpa semua tak paham, aku pun tak paham jugak. biarlah diorang, janji aku boleh naik bas lagi daripada aku nak kena menapak satu satu ke kuliah. Jauh kot, iya memang boleh kurus tapi aku tak sanggup nak menghadapi sinaran suria,, ewah. panas skrang bahaya tau. hehe. Baiklah, memandangkan hari ni aku macam agak tertarik hati nak update blog, maka marilah kita update blog habis-habisan. haha. gilAa.


so, macam mana nak hilangkan sunburn, haa guna lah ini.

janggggg....






Aloe Vera- Fruits of the earth

Just pakai ja kat muka, then kita akan rasa muka sangat sejuk. =)

Nak cepat, tak leh tulis banyak banyak sebab nak ready pegi marathon dah ni.

yes, marathon. Apa ingat aku main main ka?

ini betul betul.

tak caya, nanti aku up entry.

kbai. tc.

Tuesday, November 15, 2011

Aku.

Dear blog ~

Aku selalu macam ni, kalau sesuatu benda tu aku rancang betul betul sampai tulis dalam buku flow yang sepatutnya berlaku, mesti tak jadi. Kenapa eh?
 Hm, sesungguhnya

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Allah itu maha Kuasa, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.