Assalamualaikum.
Salam Maal Hijrah 1433 H.
Sempena tahun baru yang akan menjelma lepas maghrib ni. Marilah kita memperbanyakkan ibadat agar dimurahkan rezeki dan hidup kita sentiasa dalam keredhaan-Nya. Jomlah lah kita baca surah Yasin malam ni tiga kali bersama doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tak kesah la kalau baca kat masjid ke kat rumah ke, janji kita sambut tahun baru ni dengan penuh keinsafan. Muhasabah balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun lepas. Ya, mungkin belum masuk tahun 2012, tapi kita sebagai umat islam kenalah sambut Maal Hijrah.
Teringat masa sekolah dulu, buat perarakan pakai baju kurung then perform nasyid. comel betul. haha.
So, pas maghrib ni marilah kita pasang niat yang baik untuk tahun yang baru. Macam solat awal waktu, dan yang paling penting tak mau tinggal solat langsung. Ingat tu tanggungjawab kita. bak kata cikgu syuhada kepada am dalam syurga cinta. Solat tu tiang agama, macam kita buat rumah, kita kena buat tiang dulu, kalau tiang tak kukuh maka robohlah rumah tu.
Ni semua untuk peringatan diri sendiri jugak, aku pun bukan baik sangat, tak perfect, semua orang pun macam tu. Macam hari ni, ingat nak pi baca yasin kat masjid, tengok2 tak jadi pegi, tapi aku memang nak sangat pergi. wuwu. Takpelah, mungkin bukan rezeki. Kadang-kadang kita sayang sangat kat sesuatu benda tu, tapi bila dia hilang, kita menangis, tapi kita kena sedar mungkin bukan rezeki kita nak ada benda tu.
Jadi, hari hari seterusnya adalah hari baru untuk kita memulakan sesuatu yang baru. Tidak bermakna pada tahun ja baru kita boleh buat azam baru atau nak mula life baru, tak tak, tapi esok dan bila-bila masa pun boleh untuk kita memulakan hari baru dengan azam yang baru.
=)
No comments:
Post a Comment