Sunday, December 11, 2011

I learn the way......

 Assalamualaikum.

Kadang kadang kita tak sedar apa yang kita buat..
kita lalai..
kita leka..
kita lupa pada  Sang Pencipta..
Seronok dengan kehidupan di dunia yang sementara..
dilambakkan dengan nikmat dunia..
kesenangan hidup..
walhal hidup di sini bukan bersifat hakiki tetapi hanyalah satu perjalanan untuk menuju ke destinasi yang pasti lebih kekal.
Astagfirulullah Al-Azim. Banyaknya dosa aku. =(



Ya Allah,
berilah aku kesempatan untuk menjadi wanita yang solehah.
yang diterima di sisimu, berilah aku kesempatan untuk menjadi yang lebih baik,
sesungguhnya aku banyak berdosa ya Allah, ampunkan aku.
Amin.


Nabi saw pernah bersabda maksudnya : “Apabila seorang wanita itu menunaikan solat lima waktunya, menunaikan puasa ramadhannya, menjaga farajnya dan mentaati suaminya , akan di katakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang engkau sukai.” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tobrani]






Wardina Safiyyah.

I will learn the way on how to be a better muslimah.
InsyaAllah.

Saturday, November 26, 2011

Selamat tahun baru umat islam semuanya.

 Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah 1433 H.

Sempena tahun baru yang akan menjelma lepas maghrib ni. Marilah kita memperbanyakkan ibadat agar dimurahkan rezeki dan hidup kita sentiasa dalam keredhaan-Nya. Jomlah lah kita baca surah Yasin malam ni tiga kali bersama doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tak kesah la kalau baca kat masjid ke kat rumah ke, janji kita sambut tahun baru ni dengan penuh keinsafan. Muhasabah balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun lepas. Ya, mungkin belum masuk tahun 2012, tapi kita sebagai umat islam kenalah sambut Maal Hijrah.

Teringat masa sekolah dulu, buat perarakan pakai baju kurung then perform nasyid. comel betul. haha.
So, pas maghrib ni marilah kita pasang niat yang baik untuk tahun yang baru. Macam solat awal waktu, dan yang paling penting tak mau tinggal solat langsung. Ingat tu tanggungjawab kita. bak kata cikgu syuhada kepada am dalam syurga cinta. Solat tu tiang agama, macam kita buat rumah, kita kena buat tiang dulu, kalau tiang tak kukuh maka robohlah rumah tu.

Ni semua untuk peringatan diri sendiri jugak, aku pun bukan baik sangat, tak perfect, semua orang pun  macam tu. Macam hari ni, ingat nak pi baca yasin kat masjid, tengok2 tak jadi pegi, tapi aku memang nak sangat pergi. wuwu. Takpelah, mungkin bukan rezeki. Kadang-kadang kita sayang sangat kat sesuatu benda tu, tapi bila dia hilang, kita menangis, tapi kita kena sedar mungkin bukan rezeki kita nak ada benda tu.

Jadi, hari hari seterusnya adalah hari baru untuk kita memulakan sesuatu yang baru. Tidak bermakna pada tahun ja baru kita boleh buat azam baru atau nak mula life baru, tak tak, tapi esok dan bila-bila masa pun boleh untuk kita memulakan hari baru dengan azam yang baru.

=)

Saturday, November 19, 2011

macam mana nak hilangkan sunburn? meh sini.

Assalamualaikum,
Hye hye, sekarang aku tengah tengok Parlimen MPP live. Maknanya macam sidang dewan rakyat la. Student pun ada jugak tau parlimen bagai ni, biasa la pengaruh politik tapi bukan ikut AUKU k. Hm, betul ke, ntah la aku tak minat sangat tapi at least bila ada parlimen mahasiswa ni, kebajikan student terjaga.


Ok, aku tau angpa semua tak paham, aku pun tak paham jugak. biarlah diorang, janji aku boleh naik bas lagi daripada aku nak kena menapak satu satu ke kuliah. Jauh kot, iya memang boleh kurus tapi aku tak sanggup nak menghadapi sinaran suria,, ewah. panas skrang bahaya tau. hehe. Baiklah, memandangkan hari ni aku macam agak tertarik hati nak update blog, maka marilah kita update blog habis-habisan. haha. gilAa.


so, macam mana nak hilangkan sunburn, haa guna lah ini.

janggggg....






Aloe Vera- Fruits of the earth

Just pakai ja kat muka, then kita akan rasa muka sangat sejuk. =)

Nak cepat, tak leh tulis banyak banyak sebab nak ready pegi marathon dah ni.

yes, marathon. Apa ingat aku main main ka?

ini betul betul.

tak caya, nanti aku up entry.

kbai. tc.

Tuesday, November 15, 2011

Aku.

Dear blog ~

Aku selalu macam ni, kalau sesuatu benda tu aku rancang betul betul sampai tulis dalam buku flow yang sepatutnya berlaku, mesti tak jadi. Kenapa eh?
 Hm, sesungguhnya

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Allah itu maha Kuasa, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Saturday, October 29, 2011

Inilah sebabnya..

Dear blog~



Inilah sebabnya.. inilah sebabnya.. ini LAAHHH !!
emo gila pompuan ni. Haha. =)

Asyik makan ja sampai lupa nk update blog. 
Hehe.

Sori...
Nanti ada masa "terluang" saya update k.
daaaaaaaaaa


Monday, October 3, 2011

Jadikan sky juice air feberet anda ! =)

Salam.
 
Kalau nak diet kena minum air masak banyak banyak tau.

Kurangkan minum air ais atau air manis.

ingat !! 



Always carry a bottle of water everytime you are going out.

=)

Monday, September 26, 2011

Budak baik tengok wayang hari ni =)



Baaikkkk laaa sangat kaaannnn.
haha.
Ekceli, hari ni masa kelas kimia bahan siti sibuk ja story pasal citer johnny english mentang mentang lah 
dia dah pegi tengok kaaaaan.
Then, shaq pun ajak ajak ayam lepas kelas terus check online takut nanti pegi QB wayang semua full,
rugi ja singgitpatplohsen, tambang naik Rapid. haha
Citer ni memang hebat ah,everytym aku nak pegi tengok mesti full.
So, tengok dekat 1st avenue nasib baik ada kosong banyak. 
Johnny english punya pasai aku jadik baik gila tau tak sebab nak kejar wayang, aku tak tuka baju trus 
pegi mall pakai baju kurung.

ok fyne, budak baik. Nak karok pun seba salah tau tak =')



 toilet wajib =)

shafi dan shaq.




K bye.
jumpa lagi =)


Friday, August 5, 2011

Sekadar luahan.

Bila cuti macam ni lah aku, semua malas nak buat. Online pun malas walaupun aku hanya perlu bukak laptop dan connect dengan wifi tanpa perlu risau apa apa sebab mak aku yang bayar, tapi tu lah. macam ada penyakit ja aku rasa. Nak charge henset pun malas der, maka aku membiarkan henset aku mati sehinggalah aku rasa aku perlu sms kawan kawan aku untuk mengetahui berita terbaru supaya tidak ketinggalan seperti yang terjadi kepada aku baru baru ni. Internet rosak makanya aku telah terpinggir dari dunia maya buat beberapa hari membuatkan aku rasa seperti hidup di zaman batu setelah banyak perkara penting yang harus aku tahu seperti penganjuran Karnival Kimia, resipi kuih raya baru, macam macam lah sehingga update terbaru dari Fatin Liyana pun aku tak tahu. Sungguh katak di bawah tempurung.



Memandangkan sekarang bulan puasa tak perlu lah nak masak for lunch, so adalah masa sikit nak hadap benda alah ni. Sepanjang aku tak update ni, macam macam yang berlaku kat aku. Ada yang boleh buat aku ketawa sampai nampak semua gigi2 aku, ada yang buat badan aku terketar2 sebab tahan marah punya pasai. Well, thats what happened to me since im no updating. Biasalah kan lumrah hidup. Kekadang di atas, di bawah, di atas semula, redha dan syukur atas kehendakNya.. Wah gitu, macam lagu dalam nasyid masa usrah kat sekolah dulu. Rinduu.

Selamat Menyambut Ramahan Al-Mubarak..

Thursday, July 14, 2011

im watching it live !

Piala Perdana Menteri 

GUD LUCK SMSAH !

Yes,, im watching it live from here
Final debate between STAR and SMSAH

Junior saya pasti boleh menang !
hehe.


Friday, July 1, 2011

Short Notes mestilah tak panjang kan..


I'm  not  Single.
Eh, aku tak single lah.
Aku ada makayah,kawankawan, adikberadik.
Cuma si dia belum ada.
Tolonglah percaya kawankawan ku.

Aku ngak mahu berpacaran lagi pelus aku ngak sedia deh.
Ngerti kamu? 
Aku selesa kok dengan idupku sekarang.
Udah deh, disini aja.
Aku ngak mahu bicara panjang lagi kata aja short notess.
Daaa..

(huwaa..sesekali cakap indon, setail jugak. kehkeh )


Monday, June 20, 2011

Black and white from me.



I may not be perfect but a parts from me are pretty awesome.
Thanks for reading my blog.
http://scarletz18.blogspot.com
Have a nice day ahead  =)


Sunday, June 19, 2011

Only hope by Mandy Moore.

The song that i've been listen recently.



There's a song that's inside of my soul. 
It's the one that I've tried to write over and over again 
I'm awake in the infinite cold. 
But you sing to me over and over and over again. 

So, I lay my head back down. 
And I lift my hands and pray 
To be only yours, I pray, to be only yours 
I know now you're my only hope. 

Sing to me the song of the stars. 
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again. 
When it feels like my dreams are so far 
Sing to me of the plans that you have for me over again. 

So I lay my head back down. 
And I lift my hands and pray 
To be only yours, I pray, to be only yours 
I know now, you're my only hope. 

I give you my destiny. 
I'm giving you all of me. 
I want your symphony, singing in all that I am 
At the top of my lungs, I'm giving it back. 

So I lay my head back down. 
And I lift my hands and pray 
To be only yours, I pray, to be only yours 
I pray, to be only yours 
I know now you're my only hope. 

hmmmmm, hmmmmm, oooooh. 


p/s: Janji dengan diri sendiri nak update blog tiap-tiap hari. hehe.

Saturday, June 18, 2011

Bila bercita-cita nak diet.

Assalamualaikum

Hye guys.
How's u been doing this holidays. Budak budak U kan cuti panjang mesti ada yang keja mencari duit coz nak bayar balik duit ptptn sebab bila dapat duit scholar jpa terus enjoy tak hengat dunia, bila dah nak abes, baru nak kumpul duit balik bayar ptptn sebab takut nama kena blacklist bila nak pegi overseas. Tapi bila dah keja jadi malas terus benti bila dah dapat gaji beli itu ini habes lagi duit tu, then decided nak tunggu next jpa, baru bayar ptptn balik. Yea itulah aku. haha.

Sekarang ni bila dah jadi pengangur terhormat bermakna aku ada dalam rumah like 24/7 hours sebab aku bukan lah jenis yang suka keluar rumah sangat lagipun kan sekarang ni panas. Nak hantar adik aku pegi skolah pun malas sebab apa? sebab panas yang amat. Dah la my skin memang jenis yang cepat sunburn.Bila ada dalam rumah, means i want to eat all da tym naseb baik ada VCO ( hehe pomote ) tak dak lah nak makan sangat. But i've been observed, badan aku dah makin chubby, sobs. Ni semua gara gara mak ngan ayah aku lah sebab masak sedap sangat. haha. Nafsu tau tak nafsu itu susah nak control. Even mak aku masak ikan goreng dengan air asam saja, dan inisiatif aku tambah kicap cap kipas udang, aku rasa itulah makanan paling sedap untuk hari itu. haha.

So sekarang ni aku bercita cita nak kuruskan badan laa. Adui aku rasa ni dah kali ke berapa aku bercita cita macam tu. haha. Sapa nak join aku? kita kena ada pesaing bak kata kawan aku si shaq tu. kan shaq kan if u was reading this entry. Alaa aku tau, ko tengah baca kan? Ko kan selalu bagi idea kat aku itu lah ini lah. haha.
Nak kurus lah weyh, cam na eh? dah gemuk tau tak. Nak joging malas, nak panjat bukit belakang rumah aku ni, tak dak sapa nak teman, sedih kan. sobs. Macam ni nanti jadi belon lah aku. Aaaa, tak mo.

Tadi aku blogwalking lah, dah lama gilaaa tak berjalan jalan baca blog orang. Pastu aku jumpa lah blog cik kak ni, ada lah dia tulis macam mana dia diet sampai boleh lost 10kg dalam sebulan. Pergh, hebat kan. Aku rasa mesti dia nekad gila vavi ah. Aku nak jugak buat cam tu, tapi sekejap ja ah semangat pastu, makan balik cam besa. haha. Tapi bila jalan lagi jumpa itu ini tips nak kurus, kesimpulannya jangan makan nasi. Tu je point dia aku rasa. Cuba bayang kan kalau aku tak makan nasi sebulan. Hm, mesti kurus kan. Tapi nak buat tu memang susah ah. kan kan? macam mana lah si mek tu tak makan nasi setahun. Aku tak boley bayang kan lah. Tolong bayang kan untuk aku boleh tak. haha.

Kan best dapat body cenggini. haha.

Apa apa pun, jom diet reramai supaya tahap obesiti di malaysia boleh dikurangkan. yeayyyyyy ! =.='

Wednesday, May 18, 2011

I have been alive for 2 decades.


Hey..



TODAY is my 20th BIRTHDAY ! !
Owh i have been grown up too much. haha.
Lets say bye to 1x ! !
Lets say bye to your youth !
and
Welcome to the 2x ! !
Well, for me the journey just begin....
:)

I would like to thanx to my fbians for the cute and beautiful wishes. Deeply from my heart, i'm reallyy appreaciate it. Yeah i know, sapa sapa saja boleh wish kat Fb but u know, for me its not easy for someone come to our profile and post something that are really meaningful to the owner unless u guys are very popular lah. I'm just ordinary girls that appreaciate all those wishes. I'll try my best to reply all.
Again, Thank you, Terima Kasih, Arigato, Syukran, Kamsahamida, Muchas Gracias, Xiexie !



truly from me..
bye...

Wednesday, May 11, 2011

Things that i really want to do !

Hye !
Ok, saya sekarang berlintas langsung dari rumah saya sendiri. Owh. nampaknya cuaca sangat panas ya hari. Walaupun econ masih terpasang tapi saya masih terasa bahangnya ya, agak agak kenapa ya, adakah atap rumah saya yang tidak dipasang siling lalu membuatkan sinaran ultra ungu dapat menenbusi sehingga menjadi begitu panas sekarang. Aaa.. apa aku merapu ni. Sinaran ultra ungu??? ha ha.  Ok, main point is memang sangat panas sekarang ni. Buat keja sikit, peluh mengalahkan orang angkat batu bata tengah2 panas kat tempat construction. =.='


Back to the topic, i wanna write things that i really want to do. Aku selalu pikir macam ni. Nak buat itulah ini lah tapi kalau aku diberi peluang, bukan diberi lah tapi kalau ada peluang, bukan sama ja ka? ha ha. wutever..


Benda yang aku nak sangat ataupon teringin gila nak buat, kira kalau ada kat depan mata mesti terkinja kinja macam Barbie dapat bunga. Kenapa Barbie? Sebab sajeee. ha ha. tak nak ah ah tulis beruk, macam tak sopan. hikhik.


Ok. First ! 


I really want to try..







Scuba Diving.

Serious aku nak sangat try benda ni. Tak kesah lah kat air cetek pun, janji aku dapat gain new experience. Dah lama lama nanti boleh lah pegi dalam lagi. Boleh tengok coral yang cantik cantik. Angpa tak rasa cool ka bila buat sign 'ok' sambil pakai oxsigen tank dengan swimming suit,gogle semua. Pergh, aku rasa aku lah manusia yang paling cool sekali. ha ha ! Aku suka aquatic life ni. Dulu kecik kecik teruja gila pegi underwaterworld, petrosains, benda benda yang related dengan kehidupan laut ni kira aku suka gak ah tengok. Citer pasal mermaid. Siap berangan nak jadi macam mermaid. Budak budak biasa ah. 

Second..


Wall Climbing.

This is the extreme one. Gwa tak main lah yang wall climbing belon tu bhai, tu budak budak boleh ah. ha ha. Yes, i reaaally want to try this. Dah lama sangat aku menyimpan keinginan nak try menda ni. Tapi tak penah ada kesempatan. Haritu dah plan nak pegi tapi tak jadi. Sobs, kecewa gilaa. Tapi tak pe lah mungkin lain kali. Tapi aku nak cuba yang extreme punya macam kat pic atas ni. And one more thing, maybe quite similar with this, hill climbing. Lebih kurang cam ni jugak tapi buat dekat bukit. 

Third..


Water Rafting.

Pergh, yang ni angpa memang kena kental gila kalau nak cuba. Kalau tak balik tido ja. Dulu aku penah pegi Sedim. Tempat tu, tak silap aku ada aktiviti cam ni. Kalau tengok air kat situ, memang deras. Tetiba aku teringin nak main benda ni. Start pegi sedim tu ah aku nak try benda ni tapi cuak gak. ha ha. Tak try lagi dah takut, kata kental. Iyelah, benda ni macam tentukan hidup hang. Kalau hang selamat sampai maka hidup lagi lah. kalau tak. aaa nauzubillah..
Tapi Insya Allah kalau niat kita betul, tak da pa pa punya. 


So, these 3 things yang aku nak sangat buat sekali seumur hidup aku. Aah, aku suka aktiviti lasak. Outdoor activities. hehe. Macam kental kan aku. Tapi tak de lah kental mana. Sesaja nak try. At least kita ada experience and  i want to feel that experience ! 
Tu pun kalau ada peluang. kwek3.. =)

p/s: Amacam background baru?
Oh, haritu aku da janji nak buat GA an. so, tungguuu.. hikhik.