Tuesday, November 18, 2014

Cintakan Ilmu-Nya

Assalamualaikum, 

Belakangan ini, aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja di makmal tetapi akanku curi sedikit masa untuk menulis sebelum mata terlelap. Sekalipun dilambakkan dengan kerja di dunia, Allhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga aku luangkan masa menghadiri majlis ilmu untuk bekalan akhiratku nanti. 

Betullah kata orang seandainya niat kita baik untuk memperbaiki diri, maka Allah SWT akan datangkan kita orang yang baik-baik untuk sentiasa ingat kepada-Nya. Aku bersyukur dipertemukan sekali lagi dengan Kak Ismah. Rakan sekuliahku semasa di USM. Sesuatu mengenai dia yang aku kagumi adalah sifatnya yang sentiasa bersangka baik kepada semua orang. 

Malam itu, di rumah sewanya. Sedikit perkongsian hidup antara aku dan dia setelah hampir setahun tidak bersemuka. Banyak kata-kata nasihat yang disampaikan dan apa yang dapat aku simpulkan adalah setiap yang terjadi sebelum ini adalah tarbiyah kepada kita supaya kembali mengingati Allah SWT. Aku akui apa yang telah berlaku sebelum ini sedikit sebanyak memberi impak kepada perjalanan seharian hidupku tetapi jika diambil dari sudut positifnya. Ia adalah satu turning point untuk lebih dekatkan diri dengan-Nya.

Aku tertarik dengan kata-kata Dr. Rubiah K Hamzah. Salah seorang panelis Konvesyen Bawaku ke Syurga. "Cintakan Allah, agar cinta yang datang dari Allah itu nanti, bisa kembali kepada Allah sesucinya" . Apabila prioriti cinta itu diberikan kepada Allah, maka cinta yang datang dari manusia itu tidak perlu dipinta-pinta dan cinta yang bersemi itu nanti mendapat berkat dan diredhai oleh-Nya. Apa yang menarik minatku dengan cara penyampaian beliau adalah liuk lenggok bahasanya seperti orang Indonesia serta pendekatannya ibarat seorang ummi yang sedang menasihati anak-anaknya. 

Konvesyen Bawaku ke Syurga satu program yang begitu bermanfaat. Slot dari pagi sehingga ke petang dipenuhi dengan ilmu-ilmu Nya. Selain dari Dr. Rubiah K Hamzah, ada beberapa lagi ahli panel yang hebat iaitu Ustaz Pahrol Juoi, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Razin Mestica dan Dena Bahrin. Banyak yang ingin dikongsikan tapi kukira sampai disini sahaja. Semoga Allah memberkati Kak Ismah, Kak Umi dan semua yang menghadiri majlis ilmu ini. InshaAllah.





No comments:

Post a Comment